Khamis, April 08, 2010

Semua A Untuk Semua Sekolah

PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN
PMR DAN SPM 2010
SEKOLAH SEKOLAH MALAYSIA


1.       RASIONAL

Peningkatan keputusan peperiksaan PMR dan SPM di sekolah-sekolah menjadi pemangkin kepada pihak sekolah untuk terus mempelbagaikan strategi bagi mencapai sasaran. Justeru program Peningkatan Kecemerlangan PMR dan SPM 2010 dicadangkan khas bagi meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti ‘Semua A’ dalam PMR dan SPM 2010. Selari dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan 2010 ke arah pembestarian sekolah serta dengan status semua sekolah-sekolah kini sebagai Sekolah Bestari, sudah sampai masanya penggunaan aplikasi teknologi ICT Score A i-Teacher Programme yang telah terbukti dapat membantu meningkatkan pencapaian kecemerlangan calon-calon PMR dan SPM secara lebih sistematik diguna pakai.

2.       MATLAMAT

Mengaplikasikan penggunaan pembelajaran “output” Score A i-Teacher Programme dalam meningkatkan prestasi keputusan PMR dan SPM di Maktab Sultan Abu Bakar dari segi kualiti dan kuantiti. Mensasarkan keputusan 100% calon mencapai semua A dalam PMR dan SPM 2010.


3.       OBJEKTIF

  1. Mengaplikasikan penggunaan Score A i-Teacher Programme dalam membuat latih tubi harian di sekolah, asrama dan rumah yang bersifat interaktif dan bersifat mudah alih, di mana ada komputer di situ pelajar-pelajar boleh belajar dengan sokongan e-notes dan e-dictionary dalam Score A i-Teacher Programme.

  1. Setiap pelajar akan mendapat login dan password masing-masing yang membolehkan pemantauan melalui “e-report card” dilakukan oleh ibubapa dan guru-guru untuk setiap pelajar sasaran semua A yang mengambil program ini.

  1. Melatih pelajar-pelajar supaya peka dengan masa untuk menjawab soalan peperiksaan kerana sistem Score A i-Teacher Programme memerlukan pelajar menjawab soalan mengikut masa sebenar dalam dewan peperiksaan.

  1. Memudahkan pelajar mengenalpasti kesilapan dan juga kelemahan subjek dan topik bagi membolehkan pelajar mengambil inisiatif dan tindakan segera untuk meningkatkan kefahaman terhadap subjek dan topik yang lemah dengan bantuan guru-guru.

  1. Memberi pelbagai pendedahan kepada soalan-soalan percubaan PMR dan SPM  dan juga soalan-soalan tahun-tahun lepas. Pelajar-pelajar  berpeluang untuk menguji tahap persiapan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM dengan membuat soalan-soalan tahun-tahun lepas dan dapat menyemak e-report card prestasi mereka dengan bersistematik.

Oleh kerana markah dan senarai soalan-soalan yang salah akan di kemukakan dalam bentuk laporan yang lengkap dalam sekelip mata, pelajar dapat mengukur kelemahan dan kekuatan masing-masing sebelum menghadapi peperiksaan sebenar. Pelajar-pelajar sudah pasti akan dapat memperbaiki kelemahan subjek dan topik berdasarkan jawapan dan skema yang diberi dan juga merujuk kepada e-report card. Dengan ini keyakinan pelajar-pelajar akan lebih tinggi seterusnya dapat menjawab soalan PMR dan SPM 2010 dengan lebih cemerlang.


  1. Pelajar-pelajar dapat memahami dan menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan dan “self-learning” mengikut “prime time” belajar sendiri di rumah yang pasti lebih berkesan di bawah pemantauan ibubapa.

  1. Memupuk sifat kerjasama dan toleransi yang erat dan padu antara pihak sekolah dengan ibu bapa supaya prestasi akademik pelajar-pelajar dapat dipertingkatkan dengan penggunaan Score A i-Teacher Programme melalui e-report card yang boleh diakses pada bila-bila masa dimana jua mereka berada.


4.       STRATEGI PELAKSANAAN

  1. Pelajar-pelajar membuat latih tubi berinteraktif dan bersistematik di sekolah, asrama dan rumah dengan penggunaan Score A i-Teacher Programme dengan sokongan komputer berinternet.

b.   Pemantauan prestasi pelajar-pelajar sasaran melalui e-report card secara
      terperinci dan juga e-report card secara menyeluruh bagi setiap subjek.

  1. Pelajar-pelajar sasaran semua A membuat akur janji untuk menggunakan aplikasi Score A i-Teacher Programme dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan dalam PMR dan SPM 2010. 


5.       PENAMBAHBAIKAN i-teacher UNTUK SPM

Score A i-teacher adalah produk penyelidikan sekolah pendidikan jarak jauh Universiti Sains Malaysia (USM) diketuai oleh Prof Dr. Hanafi Atan (bersama Prof Madya Dr. Zuraidah , Prof Madya Abd Rahman dan Prof Madya Omar Majid).Penyelidikan selama 3 tahun telah dibiayai oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Universiti Sains Malaysia.

Di antara kelebihan i-teacher adalah kandungan yang komprehensif dan menggunakan teknologi avatar (pedagogical agent/tutor).Lengkap dengan animasi, power point tutorial dan latihan berinteraktif. 


6. JADUAL AKTIVITI

STRATEGI
PELAKSANAAN
TINDAKAN
BULAN

1.Latihan dan khidmat nasihat teknikal penggunaan Score A programme oleh Jururunding Score A dan juga pendaftaran login dan password untuk Score A i-Teacher Programme

Senarai nama calon PMR dan SPM disasarkan mencapai ‘Semua A’ untuk PMR dan SPM 2010 berdasarkan headcount terkini.

Guru Penyelaras


April 2010

2. Latih tubi  Intensif
6 bulan dengan Score A i-Teacher Programme dirumah dan di sekolah


Murid membuat latihan intensif di rumah mengikut prime time belajar mereka dibawah pemantauan ibubapa

Calon PMR dan SPM

April 2010 to September 2010

3.Pemantauan e-report setiap pelajar bagi setiap subjek


e-report prestasi dan perkembangan latih tubi setiap pelajar dapat dipantau dan diakses pada bila-bila masa dengan pantas melalui parent login e-report card.


Pelajar / Ibubapa / Guru


April 2010 – September 2010
8.   PENUTUP

Pihak Score A Programme mewakili semua ibubapa amat mendoakann semoga  segala perancangan akan berjalan dengan lancar. Insya-Allah, dengan keizinan Allah SWT dan hasil usaha gigih semua pihak, prestasi keputusan PMR dan SPM sekolah-sekolah Malaysia  akan terus meningkat dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Segala sumbangan, bantuan dan sokongan semua pihak untuk merealisasikan peningkatan peratus lulus PMR dan SPM 2010 dan juga sasaran semua pelajar mencapai semua A amat dialu-alukan. Semoga Allah menerimanya sebagai satu ibadah.

- DANISH DANIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Madam Zu Akma
Ba. Sc. Edu. Hons
SULTAN IDRIS UNIVERSITY OF EDUCATION
E-LEARNING CONSULTANT
+60107125878
zurakmar@yahoo.co.uk